27
Sel, Okt

BARISAN NASIONAL TUNAI JANJI BINA LEBUH RAYA PAN BORNEO

Sarawak
Typography

BINTULU – Barisan Nasional (BN) sememangnya sentiasa menunaikan janjinya terutama yang membabitkan keperluan rakyat seperti mana yang ditunjukkan pada hari ini dalam Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bersama dengan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem hadir di Majlis Perasmian Lebuh Raya Pan Borneo di R&R Simpang Bakun, Batu 32, Jalan Bintulu/Miri, pagi tadi.

“BN sentiasa merealisasikan manifestonya dalam pilihan raya dengan menunaikan janji seperti yang pernah dijanjikan kepada rakyat.

“Projek yang menilai kos sebanyak RM15 bilion dengan panjangnya 1,067 km dari Sematan ke Lawas dan pembinaan fasa pertama ini melibatkan pembinaan dari Nyabau ke Simpang Bakun sepanjang 43 km,” katanya semasa ucapan perasmian di hadapan kira-kira 15,000 orang.

IMG-20150331-WA0014

Lebih menggembirakan rakyat Sarawak apabila siapnya Lebuh Raya Pan Borneo itu nanti rakyat Sarawak tidak perlu membayar tol.

Dalam pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo ini, kerajaan akan memberikan keutamaan kepada syarikat-syarikat tempatan untuk mengambil bahagian.

“Sebanyak 75 kontraktor tempatan telah dikenal pasti dan dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan lebuh raya ini secara berperingkat.

“Ini sekaligus memberi banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dan penyertaan syarikat tempatan akan merancakkan lagi ekonomi negeri Sarawak,” tegas Adenan Satem.

Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo ini dijangka mengambil masa memandangkan ia akan disiapkan secara berperingkat bagi memastikan setiap kerja-kerja yang dilaksanakan akan dapat disiapkan mengikut jadual.

Hadir sama Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Fadilah Haji Yusuf, Menteri Kerja Raya Malaysia, Menteri-Menteri Persekutuan dan Sarawak.

Daftar melalui perkhidmatan langganan e-mel percuma kami untuk menerima pemberitahuan apabila maklumat baru diperolehi.