25
Rab, Nov

DAP TEGASKAN TIADA SEBAB PKR TERUS BEKERJASAMA DENGAN PAS

Sarawak
Typography

KUCHING – DAP Sarawak memberikan amaran kepada PKR Sarawak agar tidak terus berada dalam Pakatan Rakyat (PR) Sarawak hanya semata-mata mahu mengetuai PR dan bekerjasama dengan PAS.

Menurut Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, pemahaman dan agenda politik (hukum hudud) yang dibawa PAS itu tidak sesuai dengan suasana di Sarawak.

Sekiranya PKR masih terus bersama PAS dalam PR Sarawak adalah tidak mustahil PKR akan kalah teruk dalam pilihan raya akan datang.

Justeru, Chong menyeru PKR Sarawak mengikut jejak langkah mereka (DAP Sarawak) memandangkan kedua-dua parti itu dapat bekerjasama lebih baik tanpa PAS, demi kebaikan Sarawak.

“Beberapa bulan sebelum DAP Sarawak memutuskan untuk keluar daripada PR Sarawak kerana undang-undang hudud tidak sesuai bagi Sarawak.

“Malangnya, permintaan saya ditolak oleh PAS yang mengatakan dengan jelas bahawa pelaksanaan hudud adalah agenda politik PAS Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan kepada wartawan.

Oleh itu, tiada sebab bagi DAP dan PKR di negeri ini untuk terus bekerjasama dengan PAS Sarawak.

Berbeza di Semenanjung Malaysia yang kelihatan agak rumit di mana PAS terutama golongan progresif PAS mempunyai peranan penting bagi menentang dominasi UMNO di kawasan luar bandar.

Namun perkara itu bukan satu kebimbangan di Sarawak memandangkan UMNO tidak ada dan tidak mungkin ber-tapak di negeri ini.

“Dengan mengetahui agenda sebenar PAS, adakah PKR akan membantu PAS untuk memenangi kerusi dalam Pilihan Raya Negeri akan datang agar DUN Sarawak?”

Sekiranya jawapan diberikan PKR adalah ‘Ya’ maka ia seolah-olah menyokong PAS melaksanakan hudud di Sarawak tetapi jika jawapan adalah sebaliknya, maka tidak ada gunanya untuk terus bersama dalam sebuah PR jika tidak akan saling membantu, jelasnya bagi menegaskan pendirian DAP.

“Justeru, saya menyeru Baru Bian agar tidak terus berkeras memegang PR Sarawak yang berpecah saat ini disebabkn PAS menunjukkan belang dan meneruskan agenda hudud.