25
Rab, Nov

KENYATAAN MALAYSIAKINI MENGELIRUKAN DAN BERSIFAT ANTI-SEMENANJUNG

Sarawak
Typography

KUCHING - Wartawan Malaysiakini Joseph Tawie dalam artikelnya bertajuk 'Non-local chief: S'wk Rela members up in arm' seakan cuba untuk menimbulkan sentimen anti Semenanjung di kalangan rakyat Sarawak.

Perkara ini didedahkan apabila kenyataan yang dimuatkan di dalam portal Malaysiakini bersifat mengelirukan dan cubaan untuk menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat.

Berdasarkan kepada situasi semasa seramai 26 pegawai RELA Daerah merupakan anak tempatan Sarawak.

Manakala, 5 lagi pegawai RELA Daerah yang lain merupakan orang Semenanjung Malaysia tetapi telah lama menetap dan berkeluarga di Sarawak.

Mereka ini telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai Pegawai RELA Daerah dan berkahwin dengan orang Sarawak.

Ketika ini hanya 2 orang sahaja Pegawai RELA Daerah yang merupakan orang Semenanjung mengisi jawatan itu sementara menunggu pegawai tempatan yang berkelayakan mengisi jawatan tersebut.

Mereka ini mengisi jawatan itu disebabkan kekosongan jawatan yang perlu diisi bagi melancarkan fungsi dan peranan RELA. Sehingga ini masih belum ada pegawai RELA Sarawak yang berkelayakan yang boleh diserapkan ke jawatan itu.

Sebelum ini, beberapa jawatan Pegawai RELA Daerah telah pun diisi oleh orang tempatan mengikut keperluan.

Berdasarkan kepada keterangan di atas jelas bahawa penulis Malaysiakini itu cuba untuk menimbulkan rasa benci dan kurang senang antara penduduk Sarawak dan Semenanjung.