25
Rab, Nov

SERIAN DIANGKAT BAHAGIAN TERBARU DALAM PENTADBIRAN SARAWAK

Sarawak
Typography

SERIAN - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem hari ini telah mengumumkan Serian sebagai bahagian yang terbaru pentadbiran di Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Birumuh 2015 yang diadakan di Stadium Mini Serian dan disambut dengan tepukan gemuruh daripada rakyat Serian yang hadir yang ternyata gembira dengan pengumuman rasmi tersebut.

FB_IMG_1428731496357

Beliau berkata kewajaran Serian dijadikan bahagian ke-12 dalam pentadbiran negeri Sarawak terutama kaum Bidayuh yang membentuk majoriti.

"Tarikh 11 April 2015 adalah hari yang bersejarah bagi Serian kerana ia akan menjadi satu bahagian.

"Dari hari ini dan seterusnya, daerah Serian, daerah Tebedu dan sub daerah Siburan akan membentuk bahagian baru dengan nama Bahagian Serian.

"Serian akan menjadi bahagian majoriti Bidayuh pertama. Anda wajar mendapat semua itu, "katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dato Sri Michael Manyin dan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot Jaem telah membayangkan tentang kesungguhan rakyat Serian untuk mendengar berita baik.

Manyin juga mengumumkan RM2 juta kepada Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh untuk memperingati hari bersejarah.