25
Rab, Nov

KERAJAAN KOMITED SEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK UNTUK RAKYAT

Sarawak
Typography

KUCHING – Kerajaan Negeri Sarawak komited dalam menyediakan prasarana termasuk rumah mampu milik kepada rakyat sebagai usaha berterusan kerajaan memastikan rakyatnya mempunyai tempat tinggal.

Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak, Datuk Amar Abg Abdul Rahman Zohari berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah PPR Kampung Sungai Tengah Banjaran Sapi, Kuching, di sini.

“Sejumlah 439 rumah mampu milik akan dibina di atas tanah seluas 30.61 ekar yang menelan kos RM73 juta.

“PPR Sungai Tengah, Banjaran Sapi akan dilengkapi dengan surau dan dewan. Manakala, setiap rumah yang dibina adalah seluas 700 kaki persegi setiap satu akan dijual dengan harga RM42 ribu seunit,” katanya.

Dirancang dibina di atas keluasan tanah kira-kira 700 kaki persegi untuk setiap unit, projek pembangunan perumahan baharu itu juga akan dilengkapi dengan dewan serba guna, gelanggang badminton, pejabat pengurusan, bilik mesyuarat, bilik darjah, bilik komputer, pantri, tandas dan surau.

11000264_10203847039006297_5523105837660602674_n

Projek itu merupakan sebahagian daripada komitmen HDC untuk mewujudkan lebih banyak rumah mampu milik di bandar raya ini khusus untuk golongan berpendapatan rendah.

Projek pembinaan perumahan rumah mampu milik ini dijangka siap dalam tempoh 24 bulan.

Turut sama hadir di majlis tersebut ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Fadillah Yusof Menteri Kerja Raya merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Daud Abdul Rahman, Menteri Muda Hal Ehwal Agama merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Tupong dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Muda Perumahan Sarawak.