25
Rab, Nov

SEKITAR FIT SARAWAK DI PADANG MERDEKA

Sarawak
Typography

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Adenan bin Haji Satem bersama ribuan masyarakat Kuching telah bersama memeriahkan FIT Malaysia di Padang Merdeka seawal jam 6.00 pagi, di sini.

Fit Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bertujuan untuk menggalakkan dan memudahkan rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

Pada pagi tadi telah diadakan Larian Fit Malaysia yang terbuka kepada lelaki dan perempuan sejauh 5KM atau 10KM.

FB_IMG_1428804909069

Bagi kategori Basikal Fit Malaysia terbuka kepada lelaki dan perempuan. Peserta juga boleh memilih sama ada untuk menyertai jarak kayuhan sepanjang 10KM atau 30KM.

FB_IMG_1428804911524

Selain itu, banyak lagi acara lain telah dilangsungkan antaranya X-Games dan beberapa jenis acara sukan.

FB_IMG_1428804924307

Turut sama hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Dr Lee Kim Shin serta beberapa menteri lain.