25
Rab, Nov

ADENAN SATEM LANCAR PROJEK RM144 JUTA BAGI PEMBINAAN JALAN EMPAT LORONG DI MATANG

Sarawak
Typography

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak mengucapkan jutaan terima kasih Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak atas Pembinaan Jalan Empat Lorong Dari Bulatan E-Mart, Matang ke Stapok, Batu Kawa dan Jambatan Baharu merentasi Sungai Sarawak.

“Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Kerja Raya dan Menteri Pembangunan dan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak dalam merealisasikan projek ini.

“Dengan hubungan erat yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin Ahli Parlimen dan ADUN membolehkan setiap perancangan yang dirancang akan dapat dilaksanakan untuk rakyat,” katanya ketika merasmikan Projek Membina Jalan Empat Lorong yang bernilai RM144 juta di Matang di sini, pagi tadi.

Kerajaan Barisan Nasional sentiasa mengutamakan keperluan rakyat, tidak seperti DAP, PKR dan PAS yang hanya pandai bercakap dan cakap besar tetapi tidak pernah melaksana.

Menteri Kerja Raya pula menjelaskan projek ini bertujuan untuk menampung peningkatan pesat jumlah trafik di Bandaraya Kuching menyediakan akses aliran trafik yang lebih lancar terutama di Matang dan sekitarnya.

“Sejumlah RM144 juta telah diperuntukkan bagi pembinaan jalan empat lorong ini sepanjang 4.9 kilometer manakala 1.5 kilometer lagi jalan akan dinaiktaraf daripada dua lorong kepada empat lorong.

“Daripada jumlah itu juga sebanyak RM1.22 juta akan digunakan bagi pembinaan dan naik taraf jalan selebihnya digunakan untuk pembayaran pampasan dan utiliti,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di hadapan kira-kira 2,000 yang hadirin hadir.

“Jangka masa siap projek ini ialah 30 bulan dengan tarikh memiliki tapak pada 2 April 2015 dan dijangka siap pada 1 Oktober 2017.

IMG-20150413-WA0042-1

Pembinaan empat lorong dua hala ini akan menggunakan piawaian jalan JKR U5 bermula daripada bulatan sedia ada di E-mart dengan menghubung kembali ke pusat Bandaraya Kuching melalui Jalan Stapok dengan jumlah panjang dianggarkan sejauh 4.4. kilometer.

Skop projek ini juga merangkumi pembinaan dua bulatan baharu iaitu di Jalan Matang dan Jalan Temenggong Tan Meng Chong serta pembinaan jambatan konkrit bertetulang menyeberangi Sungai Sarawak yang berukuran 320 meter panjang yang menghubungkan kedua-dua bulatan tersebut.

Siapnya projek ini nanti pengguna akan menikmati pemanduan yang selesa dan bakal mengatasi kesesakan kenderaan dari kawasan Kuching Utara ke Bandaraya Kuching.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.6 Satok yang juga Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Sarawak, Datuk Ir. Daud Abdul Rahman melahirkan kegembiraan di atas pelaksanaan projek ini sekaligus dapat mengatasi kesesakan jalan raya yang menjadi rungutan penduduk sejak sekian lama di Matang ini.

“Pelaksanaan projek ini pasti akan dapat mengurangkan kesesakan jalan raya yang sering dihadapi penduduk pada masa kini.

“Penduduk perlu bersabar dan siapnya jalan raya ini yang mengambil masa kira-kira lebih kurangb dua tahun akan memudahkan perjalanan ke destinasi,” jelasnya.

Hadir sama Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut anak Masing, Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Dato Sri Michael Manyin anak Jawong, Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Dr Stephen Rundi anak Utom, Menteri Muda Kemudahan Awam Sarawak dan Datuk Haji Md Yahaya Bin Basimin Setiausaha Persekutuan Sarawak.